. . . hYe YuU!! . . .

orang bukak nota . . .

Tuesday, August 2, 2016

. Persahabatan Jarak Jauh .




37 hari lagi genaplah 5 tahun.


Dalam masa hampir 5 tahun ni, entah berapa kali rasa awkward. Lebih-lebih lagi sejak setahun kebelakangan ni. Bilamana aku dapat tahu cerpen dia ada kaitan dengan orang yang dia minat, bila dia panggil aku 'kawan' (sound awkward la kan bila orang yang kita suka panggil camtu), lost dalam topik tiba-tiba, atau tiba-tiba topik melencong ke arah wordless. Tapi takde masalah pun. Cuma biasanya kita senyap buat beberapa ketika dan tak lama tu salah seorang akan karang soalan atau timbulkan topik dan kita sembang macam biasa. 


Dah nak hampir 5 tahun ni rasa nervous pulak. Kebetulan masa mula kawan dulu dia baru je sambung belajar. Baru je terbang ke negara orang. Nak biasakan diri kat sana. Aku pulak, sampai sekarang tolak 5 jam sela masa sini dan sana tiap kali nak sembang dengan dia. Padahal tak ada aku kisah pun, aku tetap send message bila-bila aku nak. haha~ Macam baru semalam jer dia cerita kat aku turunnya salji kat sana. Masa tu aku pun gembira sebab dia cari aku untuk cerita benda yang dia excited. 


InsyaAllah bulan 9 ni dia habis belajar. Tapi tak tahu bila dia balik sini. Maybe tahun depan. Apa-apa pun, aku yakin kita tak akan pernah jumpa pun. Aku berkali juga rasa nak terus hilangkan diri dari dia. Sebab aku ada rasa "boleh tak jangan sesiapa amik dia dari aku ?". Aku ada perasaan yang nak miliki dia tapi aku sedar aku tak layak. Sometimes aku rasa nak je muncul hari-hari dalam hidup dia sampai satu hari aku tak ada boleh buat dia tercari-cari.. (haha sangat) 


Dia dan aku lain gender. Jadi aku takut kehilangan dia.


Berkali aku ingatkan diri aku "aku dengan dia kawan je. kawan.KAWAN !". Satu hari aku akan kehilangan dia. Kadang-kadang aku rasa nak lepas dia, kadang tu pulak aku rasa taknak lepaskan dia. Entah. Tak faham laa aku ni. Sebab tu la sampai sekarang pun aku tak pernah ignore dia. Eh. Pernah nak ignore dia. tapi niat tu terkubur sepi je. Sebab aku tak boleh ignore dia. Dia pun aku tengok tak pernah ignore aku. Tiap kali aku tegur, dia selalu ada. Tiap kali aku tanya, dia cepat je jawab.


Untuk tanya soalan "dia tak ada ke rasa suka aku ? atau dia rasa tak apa yang aku rasa?" macam tak layak je. Sebab aku rasa kena reject dari awal sejak dia panggil aku "kawan". Serius masa tu aku terus sedar diri. kahkahkah~ sentap seketika. 


nanti dia balik sini, confirm laa dia akan kahwin. Masa tu aku tak tahu laa nak hepi ke nak takziahkan untuk hati aku. Dari sekarang pun aku dah berusaha keras nak move on. persiapan awal kononnya. tapi macam tak berjaya jer. memang tiba masa tu aku akan frust 44 hari. even sekarang pun dah rasa bunga-bunga frust.


tiba-tiba aku update kisah sedih kat blog ni. huhu~
blog ni actly memang untuk aku join Contest & GA jer.


hmm. kbai~


i'm so sad.


T.T






x_3b7c7499

No comments:

Post a Comment

...bUDak cUrik-cURik bAcE...